Thursday, August 28, 2008
Aksi Hebat Dan Luar Biasa
tapi di ruang tamu.. boleh anda mencuba gaya ini...
harap maklum...
Friday, August 15, 2008
Naik Kuda Kaki 2... Kuda ada tangan!

Naik kuda ke abang?
kuda 2 kaki ke 4 kaki tu???
ini salah satu inisiatif baru, untuk menjimatkan PETROL yang semakin mahal sekarang...
kita boleh menunggang kuda sebagai ganti dari menaiki kereta atau motosikal...
Jimatkan wang dengan menunggang Kuda..!!!!!
Tidur dengan Helmet


ermm... satu teknik tidur dengan selamat... teknik ini baru ditemui di utara tanah air...
memakai set pelindung kepala ``Helmet``... dapat mengurangkan gangguan nyamuk mengganggu kepala anda, dapat mengurangkan bunyi bising semasa tidur, dan dan mengelakkan sebarang trajedi yang tidak diingini seperti katil dari tingkat atas runtuh atau bumbung runtuh.
Jadi, ayuhlah kita beramai ramai mulakan cara tidur yang baru, tidur dengan memakai helmet...
! Perlindungan berkesan dan TERJAMIN!
Monday, July 14, 2008
XTechnology®Network.Server
UNDERNET : irc.undernet.org
CHANNEL : #klcc , #uptrend , #xtechnology , #astro
LIRIK LAGU : MEMBACA GAYA WAWASAN
Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca
Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita
Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas
Negara yang kecil
Tinggi martabat
Kerana ilmu
Negara berdaulat
Nyanyian Ramai:
Mari kawan kita membaca
Mari rakan timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan
Everybody take a book and read
To gain knowledge everyone has to read
Let.s reach out open up your mind
Let.s make reading
Lifestyle of Wawasan.
Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bacalah sampai pandai
Buku-buku pelbagai ilmu
Santan lemak manis
Santan kelapa muda
Jangan anak menangis
Kalau emak suruh membaca
Tuesday, July 8, 2008
HACKER-Xtechnology@Network.server
Join us :
MIRC - Server : irc.undernet.org / UNDERNET server
- Join channels.
: #KLCC - #UPTREND - #XTECHNOLOGY - #ASTRO -
For more information, private msg to the owner. / CM / Founder.
- Mirc joiner -
http://fendy2008.tripod.com/
Network.server.org
by : #KLCC Admin
supports by : FiQ/Fendyz
Hackerz/KLcrew !
Saper nAK jaDi CaLOn suaMI CONDOLEEZZA RISE???
cara??
Emailkan kepada kami tentang :
1-nama penuh anda
2-alamat rumah anda
3-no telefon yang boleh dihubungi
4-umur anda
5-no kad pengenalan anda
6-agama
7-bangsa
8-biodata tentang latar belakang anda, seperti pernah bekerja atau masih lagi belajar, dimana dan sebagai apa...
emailkan ke - : cybertrone_center@yahoo.com dengan kadar segera!
Hanya yang TERBAIK! akan terpilih dan layak menjadi calon suami Setausaha Agong Presiden Amerika.
- CONDOLEEZZA RISE -
Set by : Peter A. Barkler
Supports by : Sumiyaki Odoe
Saturday, June 7, 2008
Menjatuhkan Kawan Sendiri??? Atau Membantu???
Adakah Laman Blog ini Mengaibkan Kawan-kawan sendiri???
Adakah Laman Blog Ini bukan Untuk Membantu Mereka???
Kenapa harus diberi pertanyaan sebegitu??? Tanyalah pada diri sendiri.....
Apa juga perkara dan pekerjaan yang kita lakukan... ada orang lain yang melihat...
Kalau bukan kita.... Tuhan juga melihatnya....
Friday, June 6, 2008
Maklumat Bersama...
Isytihar perang terhadap pertubuhan IFC
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"... Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... Kalau takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ... lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?... Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?... Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"... Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
- [3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m. s. 70. Cetakan Beirut)

