Thursday, January 7, 2010
Sunday, December 13, 2009
Saturday, October 17, 2009
Friday, September 18, 2009
Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri..Maaf Zahir & BatiN....
Salam AidilFitri daripada kami " BROKEN MIND TEAM " segala salah dan silap harap dimaafkan..
http://brokenmindinstitute.blogspot.com/
Labels:
News
Friday, September 11, 2009
Apa ada pada monitor?
Apa ada pada monitor?
Apabila menyentuh mengenai dunia komputer peribadi (PC) pengguna, masyarakat sering kali mengaitkannya dengan unit pemprosesan komputer (CPU), sistem operasi atau jenis pemprosesannya yang memberi nyawa ketika menghidupkan komputer.
Ibarat aur dengan tebing, komputer tidak lengkap tanpa paparan monitor yang memainkan peranan penting menjelaskan imej yang ditafsir daripada kod nombor dibaca CPU menjadikan gambar terpampang pada skrin.
Menurut bahasa komputer, monitor terletak di bawah kategori unit paparan visual yang berupaya memaparkan visual dijana pemprosesan grafik menerusi kad grafik.
Boleh dikatakan, peranti memaparkan imej terbabit mempunyai dua jenis spesies pada masa kini termasuk tiub sinar katod (CRT) dan pemapar cecair kristal (LCD) yang berlegar di pasaran.
Selain itu, dunia perkomputeran turut mengklasfikasikan monitor kepada empat jenis iaitu monokrom, warna, segerak berbilang dan paparan kecerahan elektro (ELD).
Mutu monitor tergantung kepada beberapa faktor terutama bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya kerana lebih banyak pikselnya, lebih tajam teks dan grafik yang dicetuskan.
Pada awalnya semua monitor tergolong dari jenis CRT sama seperti yang dilihat menerusi tiub televisyen namun kini populariti monitor jenis LCD kian mendapat perhatian dan bakal menggantikan CRT secara perlahan-lahan.
Semestinya monitor LCD lebih mencuri perhatian apatah lagi ia mampu ditempatkan pada ruang yang terhad, lebih ringan serta menjimatkan bil elektrik berbanding monitor terdahulu.
Paparan PC terawal menggunakan monitor monokrom digunakan untuk memproses imej perkataan saja yang digunakan sistem perkomputeran terdahulu pada 1970-an sebelum IBM memperkenalkan sistem lain pada 1981.
Sistem paparan Penyesuai Grafik Warna (CGA) pada tahun itu berjaya memperkenalkan empat warna dengan meleraikan piksel kepada 320 secara mendatar dan 200 menegak (320 x 200).
Teknik peleraian CGA sudah cukup untuk kegunaan permainan komputer mudah seperti permainan ’solitaire’ namun ia tidak mampu memproses perkataan, aplikasi dan penggunaan grafik mudah.
Pada tahun 1984, IBM memperkenalkan sistem paparan Penyesuai Grafik Tertingkat (EGA) yang dapat memberikan sehingga 16 warna berlainan dan peleraian sehingga 640 x 350.
Secara tidak langsung, ia memperbaiki kualiti berbanding paparan lebih awal selain memungkinkan pembacaan teks yang lebih mudah.
Sungguhpun begitu, EGA tidak memberikan peleraian imej mencukupi untuk kegunaan bertahap tinggi seperti reka bentuk grafik.
Yang menariknya, mod EGA masih boleh didapati untuk pemprosesan lama dan PC pada kediaman lama.
Sementara itu, pada tahun 1987, IBM memperkenalkan sistem paparan Susunan Grafik Video (VGA).
Sistem terbabit masih digunakan sehingga sekarang dan dijadikan piawaian minimum yang dapat diterima untuk PC dengan peleraian maksimum bergantung kepada bilangan warna dipaparkan.
Pengguna boleh memilih antara enam belas warna pada 640 x 480, ataupun 256 warna pada 320 x 200.
Menjelang tahun 1990, sekali lagi IBM melangkah untuk mengumumkan sistem paparan Susunan Grafik Terluas (XGA) sebelum mengetengahkan versi berikutnya, iaitu XGS-2 yang memberikan peleraian 800 x 600 piksel dalam warna yang benar (16 juta warna).
Ia juga mampu membuat peleraian 1024 x 768 dalam 65,536 warna.
Kedua-dua tahap peleraian imej ini terus mendapat permintaan hebat di pasaran pada hari ini.
Persatuan Piawaian Elektronik Video (VESA) pula mengasaskan antaramuka pengaturcaraan piawaian untuk paparan Susunan Grafik Video Super (SVGA) yang digelarkan Sambungan BIOS VESA (”VESA BIOS Extension”).
Lazimnya, paparan SVGA dapat mendukung palet sehingga 16 juta warna bergantung kepada jumlah memori video tersedia dalam sesuatu komputer yang akan mengehadkan bilangan warna dapat dipaparkan.
Spesifikasi peleraian imej berbeza-beza. Pada umumnya, lebih besar skrin Monitor SVGA, lebih banyak piksel dapat dipaparkan secara datar dan tegak.
Zaman moden turut melampiaskan ‘peluhnya’ kepada monitor ala baru menerusi Susunan Grafik Terluas Super (SXGA) dan Susunan Grafik Terluas Ultra (UXGA).
Kebiasaannya, istilah SXGA digunakan untuk merujuk kepada skrin yang mempunyai peleraian 1280 x 1024 manakala UXGA membawa pengertian kepada peleraian 1600 x 1200.
Manakala dua teknologi yang diperkenalkan pada monitor baru termasuk paparan berteknologi plasma dan diod sinar organik (OLED) yang mampu memberi keunggulan visual kepada pengguna.
Prestasi monitor banyak bergantung kepada faktor seperti:
1. Luminan
Ia diukur berdasarkan kandela setiap meter persegi yang mempamerkan kekuatan cahaya monitor.
2. Saiz skrin
Walaupun secara teorinya, saiz 10 inci cukup untuk memberi penglihatan kepada pengguna namun monitor turut menawarkan saiz sehingga 42 inci.
3. Nisbah Aspek
Beberapa nisbah aspek kini ditawarkan seperti 4:3 sehingga teknologi terkini iaitu 16:9 bergantung kepada jenis monitor.
4. Resolusi
Antara aspek penting termasuk resolusi paparan memberi makna jumlah piksel setiap dimensi yang boleh disiarkan.
5. ‘Dot Pitch’
Ia adalah jarak antara piksel untuk warna sama dalam millimeter. Secara umumnya, lebih kecil jumlah dot pitch, lebih jelas imej dipaparkan.
6. Kadar ‘Refresh’
Jumlah nombor dalam sesaat yang membuatkan paparan menjadi terang.
7. Masa tindak balas
Jumlah piksel dalam monitor yang berubah dengan pantas. Ia diukur berdasarkan millimeter. Lebih sedikit nombornya, lebih pantas nombor itu, lebih laju pergerakan imej dibawa.
8. Nisbah Kontras
Keseimbangan kecerahan antara putih dan hitam yang mampu dihasilkan monitor.
9. Penggunaan tenaga
Diukur berdasarkan ‘watt’
10. Sudut pandangan
Ia memaparkan sudut pandangan paling jauh yang boleh dilihat berdasarkan darjah.
Acer antara pengeluar monitor paling unggul dengan puluhan produk yang menawarkan keunggulan rekaan dan teknologi malah ia turut memperkenalkan produk terbarunya iaitu Acer H235H dilengkapi beberapa teknologi.
Antaranya, teknologi Pengurusan e-Color yang menyesuaikan mod visual mengikut kehendak pengguna dengan nisbah kontras dinamik 100,000:1.
Kini, monitor menuju perubahan dunia digital apabila turut mengalami evolusi definisi tinggi apabila mula menyokong format HDMI yang dijangka digunapakai dalam lima tahun mendatang.
Harga monitor bagi monitor LCD mungkin bermula RM400 hingga RM2,000 manakala harga bagi HDMI masih tinggi namun demi kepuasan visual terbaik, pengguna perlu memilih produk berkualiti tinggi yang menjamin tahap inovasi canggih.
Walaupun memilih monitor tidak sesukar membuat penilaian terhadap produk dalaman CPU, pengguna masih perlu berhati-hati dalam memastikan pelaburan jangka panjang mampu membawa keuntungan.
Setakat ini, pengguna menyaksikan rekaan monitor berbentuk empat segi tepat namun tidak mustahil pada masa depan, ia boleh dipelbagaikan mengikut selera mata serta keperluan pengguna.
Selain itu, monitor kini berjaya dievolusikan agar ia mampu disentuh seperti dilihat melalui kajian Microsoft menjadikannya lebih dekat dengan naluri manusia yang menggantikan papan kekunci sedia ada.
Kita menunggu evolusi skrin sesentuh pada monitor mampu menghilangkan papan kekunci konvensional pada masa akan datang dan menggantikannya kepada papan kekunci maya yang lebih baik serta menjimatkan ruang.
Labels:
Information
Friday, July 17, 2009
10 Tips penting membeli notebook
Notebook kini sama pentingnya dengan komputer PC atau lebih dikenali dengan desktop. Ini adalah kerana notebook lebih ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Pada ma sa ini notebook bukan sahaja digunakan oleh golongan professional malah para pelajar turut menggunakannya kerana ia lebih selesa untuk digunakan terutamanya dalam kerja-kerja atau tugasan berkumpulan dan juga untuk membuat persembahan (presentation). Anda bagaimana, sudah memiliki notebook? Jika belum, saya hendak memberikan beberapa tips (yang saya gunakan) yang mungkin berguna untuk anda ketika hendak membeli notebook. Tips ini mungkin sangat berguna bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang.
1. Perlu tahu keperluan, kenapa beli notebook.
Ok, tips yang pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda perlu menggunakan notebook. Adakah anda sering membuat persembahan (presentation) atau melakukan kerja-kerja berkumpulan? Jika ya, notebook adalah jawapannya. Jika tidak cukuplah dengan menggunakan desktop sahaja agar tidak membazirkan wang. Kemudian, anda perlu tahu spesifikasi yang diperlukan jika mahu membeli notebook, misalnya jenis pemproses yang diperlukan, ruang ingatan yang diperlukan perlukan CD Writer atau tidak dan bermacam-macam lagi. Sebagai contoh, jika anda memerlukan sambungan tanpa wayar (wireless) maka anda perlu memikirkan untuk membeli notebook yang menggunakan pemproses Centrino kerana ia telah dikhususkan untuk kegunaan tanpa wayar.
Bagi ruang ingatan pula, anda perlu tahu berapa banyak ruang ingatan yang diperlukan iaitu sama 128 Mb atau 256 atau 512 Mb bergantung kepada jenis kerja yang anda buat. Jika tugasan anda memerlukan banyak kerja-kerja grafik atau pengaturcaraan, pertimbangkanlah ruang ingatan 256 Mb dan keatas. Pada masa yang sama, anda juga perlu tahu tentang ruang ingatan yang diperlukan untuk grafik. Pada ketika artikel ini ditulis, kebanyakan notebook yang ditawarkan dipasaran menyediakan ruang ingatan grafik sebanyak 64 Mb. Selain daripada itu, anda perlu mempertimbangkan samada memerlukan CD Writer atau tidak kerana jika anda tidak memerlukan Cd Writer, maka anda boleh membeli notebook yang hanya dilengkapi degan pemacu CD ROM biasa dan harga akan menjadi lebih murah. Dan lagi satu, saiz paparan skrin. Saiz yang normal ialah 14.1”. Walaubagaimanapun, pada masa ini ada pengeluar yang telah mengeluarkan notebook yang mempunyai paparan sehingga 17’’ yang mungkin disasarkan kepada pengguna yang terlibat dengan kerja-kerja grafik atau mungkin juga untuk hiburan seperti bermain games atau menonton filem.
2. Sediakan peruntukan (budget)
Ya, peruntukan adalah sangat penting. Jika anda hanya mempunyai peruntukan antara RM3000 hingga 4000, anda sebenarnya sudah mampu membeli notebook yang berkuasa agak tinggi juga malah anda mampu membeli komputer yang tidak berjenama terkenal tetapi mempunyai spesifikasi yang sangat bagus. Pokoknya anda perlu rajin tawar-menawar dengan penjual terutamanya jika anda ingin membeli dipusat-pusat IT utama misalnya di Plaza Low Yat atau Plaza Imbi. Malah jika anda perhatikan betul-betul di Plaza Low Yat misalnya, ada dua atau tiga kedai yang menjual notebook ini sebenarnya adalah dibawah satu syarikat yang sama.
Ok, berbalik kepada peruntukan tadi, jika anda mempunyai peruntukan melebihi RM 4000 hingga 6000, saya mencadangkan anda membeli komputer yang berjenama terkenal seperti Compaq (atau HP), Acer, Toshiba, IBM, Fujitsu atau NEC. Ini adalah kerana, kebiasaannya komputer berjenama terkenal ini mempunyai waranti dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang sangat bagus serta meliputi peringkat antarabangsa. Dengan kata lain, jika anda mempunyai masalah menggunakan notebook tersebut ketika berada diluar negara, anda hanya perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan dinegara tersebut untuk mendapatkan bantuan.
3. Buat kajian ke pusat-pusat IT utama
Setelah tahu keperluan dan mempunyai budget, maka buatlah kajian ke pusat-pusat IT utama misalnya jika anda berada dikawasan Lembah Kelang, jangan malas untuk berkunjung ke Plaza LowYat, Plaza Imbi, Sungei Wang ataupun Mid Valley. Ini adalah kerana terdapat pelbagai jenis barang dan aksesori komputer yang ditawarkan disana.
4. Dapatkan senarai harga
Jika anda berkunjung kepusat-pusat IT seperti yang saya nyatakan diatas, dapatkan senarai harga yang biasanya diletakkan dihadapan kedai dan kalau boleh ambil senarai harga dari kebanyakan kedai yang ada disitu, kemudian cuba buat perbandingan harga berdasarkan spesifikasi dan jenama yang sama.
5. Tanya penjual
Pada masa yang sama, anda perlu rajin bertanya kepada penjual. Ini adalah kerana bukan semua spesifikasi yang tertera dalam senarai harga itu menepati citarasa kita. Adakalanya kita memerlukan customization keatas perkakasan notebook tersebut. Untuk itu, senaraikan spesifikasi yang dikehendaki dan minta penjual menghitung semula harga berdasarkan spesifikasi yang dikehendaki. Gunakan cara yang sama dikedai-kedai yang lain dan buat semula perbandingan harga. Selain daripada itu, anda perlu memeriksa senarai harga dengan betul kerana ada notebook yang tidak disertakan dengan sistem operasi dalam ertikata lain, anda perlu membeli sistem operasi secara berasingan. Bagi mereka yang tidak mahu pening kepala, notebook berjenama terkenal adalah jawapannya kerana notebook-notebook ini biasanya dipakejkan sekali dengan sistem operasi. Anda juga perlu tahu membezakan yang mana satu notebook, PC tablet atau desknote kerana jika dilihat secara fizikal ketiga-tiganya kelihatan sama. Harga notebook biasanya agak murah jika dibandingkan dengan PC Tablet tetapi mahal sedikit jika dibandingkan dengan desknote. Perlu dijelaskan disini bahawa desknote sebenarnya bukanlah notebook kerana ia menggunakan pemproses yang sama seperti desktop bukannya jenis ‘mobile’ yang khusus untuk notebook. Selain daripada itu, kebanyakan desknote tidak didatangkan dengan bateri sebaliknya perlu menggunakan bekalan kuasa elektrik sepanjang masa.
6. Tanya jika ada promosi
Tips ini mungkin selalu orang terlupa terutamanya bagi mereka yang ‘berat mulut’ dan terlalu mengikut apa yang tertera pada senarai harga. Sebagai contoh, katakan notebook A hanya mempunyai RAM sebanyak 256 Mb sahaja. Sebenarnya ada kedai yang menawarkan proses menaiktaraf RAM kepada 512 Mb dengan percuma sahaja. Begitu juga dengan menambah bebrapa aksesori lain misalnya menaiktaraf pemacu CD-ROM kepada Combo atau menaiktaraf pemproses dengan hanya mengenakan kadar bayaran yang sangat rendah. Ada juga yang menawarkan promosi seperti kad WiFi atau mouse optical secara percuma jika anda membeli notebook dikedai mereka. Pangkalnya, seperti yang saya katakan tadi, anda perlu rajin bertanya kepada penjual.
7. Bayar pendahuluan
Setelah anda berpuashati dengan harga serta spesifikasi notebook yang ditawarkan, mungkin anda dikehendaki untuk membuat sedikit bayaran pendahuluan (deposit) untuk proses menaiktaraf beberapa komponen atau jika anda membeli mengikut spesifikasi sedia ada, anda hanya perlu membuat bayaran sekaligus. Tetapi sebelum membuat bayaran sekaligus, anda perlu mengikuti langkah 8 dan 9 terlebih dahulu.
8. Periksa semula notebook
Setelah itu, anda perlu memeriksa semula notebook tersebut. Anda perlu memastikan bahawa kesemua komponen tambahan yang dimasukkan (jika anda menaiktaraf) adalah betul.
9. Periksa samada perkakasan sampingan adalah lengkap
Langkah seterunsya ialah dengan memeriksa perkakasan sampingan samada lengkap atau tidak. Perkakasan sampingan ini termasuklah adaptor, manual dan CD driver. Pastikan juga anda mempunyai kad waranti (jaminan).
10. Pulang dengan hati gembira.
Sudah selesai membeli apa lagi, pulanglah dengan hati gembira. Kepuasan membeli hanya akan datang jika kita benar-benar membeli notebook mengikut spesifikasi yang dikehendaki disamping harga yang lebih murah dari harga asal, hehe. Mungkin kita boleh ubah sedikit peribahasa Melayu dari alah membeli menang memakai kepada menang membeli menang memakai. Ingat, rajin-rajinlah bertanya kepada penjual

Kenali punca dan bahaya strok

Kenali punca dan bahaya strok Umumnya tidak ramai di kalangan masyarakat kita yang mengetahui tentang kaedah rawatan atau proses pemulihan sesuatu penyakit dengan mendalam. Sehingga dihidapi sendiri atau di kalangan ahli keluarga, baru ada kesedaran untuk mengkaji punca, kesan dan langkah mengatasinya. Kurangnya matlamat atau pengetahuan berhubung sesuatu penyakit yang dihidapi itu sukar untuk dipulihkan atau sekurang-kurangnya diminimumkan. Bagi penyakit yang serius seperti strok atau lebih dikenali angin ahmar, pesakit sebenarnya berpeluang dipulihkan sekiranya mereka menjalani proses pemulihan yang betul, tepat dan cepat. Meskipun proses pemulihan ini tidak dapat menjadikan keadaan pesakit kembali normal, sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan kompilasi akibat penyakit ini. Proses pemulihan yang tidak sempurna menyebabkan hampir sebahagian besar pesakit tidak dapat dipulihkan. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan peluang pesakit untuk pulih semakin nipis. Fungsi otak terjejas Pensyarah di Jabatan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Raymond Azman Ali berkata, strok merupakan salah satu daripada penyakit gangguan fungsi otak yang berlaku secara tiba-tiba. Ia diakibatkan oleh salur darah otak yang tersumbat dan pecah seterusnya menyebabkan pendarahan. "Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan fungsi otak terjejas seperti fungsi otak yang berkaitan dengan percakapan, penglihatan dan pergerakan seseorang. Penyakit ini biasanya berlaku kepada individu yang berumur 45 tahun ke atas akibat beberapa faktor risiko. Ini termasuklah hipertensi, diabetes, tabiat merokok dan paras kolesterol yang tinggi," katanya. Dr Raymond menjelaskan bahawa hipertensi atau tekanan darah tinggi ialah penyebab tunggal paling biasa bagi strok. Orang yang menghidap tekanan darah tinggi menghadapi risiko menghidap strok yang jauh lebih tinggi berbanding serangan jantung dan penyakit lain yang berkaitan. "Apabila tekanan darah meningkat, beban pada arteri dan salur darah turut meningkat. Secara beransur-ansur, beban ini akan menyebabkan arteri semakin keras dan sempit, satu proses yang dinamakan aterosklerosis. Arteri juga mungkin menjadi semakin lemah menyebabkan ia pecah. Akibatnya ialah serangan strok berdarah (strok hemoragik)," katanya. Dr Raymond berkata, orang yang mengalami sakit jantung koronari berhadapan dengan risiko dua kali ganda lebih tingi berbanding orang sihat yang menghadapi strok. Jantung yang berdenyut secara tidak seragam atau yang bengkak, sama ada yang dengan injap yang sempit atau tidak berfungsi juga menjadi sumber gumpalan darah pada otak. Ini adalah satu proses yang dinamakan embolisme yang menjadi punca strok iskemia. "Strok iskemia ialah strok yang disebabkan oleh salur darah yang tersekat yang tiba-tiba memperlahankan atau menghentikan aliran darah ke otak," katanya. Menurut beliau lagi, kencing manis, walaupun boleh dirawat juga meningkatkan risiko seseorang mengalami strok. Ini kerana kencing manis menyebabkan arteri mengalami arterosklerosis (mengeras dan menyempit) dan menjadi semakin lemah. Kombinasi penyakit kencing manis dan hipertensi meningkatkan lagi risiko bagi penghidap kencing manis. Merokok juga satu faktor Merokok juga satu lagi faktor risiko. Nikotin dan karbon monoksida dalam asap tembakau mengurangkan jumlah pengeluaran oksigen. Bahan-bahan ini juga merosakkan dinding salur darah, menyebabkan gumpalan terbentuk dan menyekat aliran darah. Namun demikian, punca strok daripada merokok boleh dicegah. Kajian terbaru menunjukkan bahawa tahap homosistin yang tinggi secara langsung meningkatkan risiko strok," jelas Dr Raymond. Strok tidak mengenal usia. Bagaimanapun katanya, tidak dinafikan bahawa usia memainkan peranan penting dalam profil pesakit strok. Walaupun strok boleh menyerang orang pada setiap peringkat usia, termasuk kanak-kanak di Malaysia, lebih daripada separuh mangsanya berusia 60 tahun. Memandangkan proses penuaan tidak boleh dihentikan, warga tua boleh mengurangkan risiko dengan mengawal gaya hidup dan pemakanan mereka. Satu perkara yang menarik tentang penyakit ini ialah, walaupun strok lebih kerap berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita, kebarangkalian wanita mati akibat strok lebih tinggi daripada lelaki. Penggunaan pil pencegah hamil dan kehamilan membawa risiko khusus kepada wanita. "Keturunan dan bangsa ialah faktor yang turut boleh menentukan tahap risiko seseorang terhadap strok. Seseorang berisiko tinggi menghidap penyakit ini sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga terdekat mengalaminya. Sepuluh peratus daripada kematian di negara-negara maju adalah disebabkan strok. Di Amerika Syarikat, rakyat Amerika berkulit hitam lebih tinggi diserang strok berbanding penduduk berkulit putih. Di China pula, penyelidikan mendapati bahawa penduduk di bahagian utara China mempunyai kadar strok yang lebih tinggi berbanding dengan penduduk di bahagian selatan dan tengah China. Pemakanan mungkin menjadi salah satu sebab perbezaan tersebut. Di Malaysia, pada tahun 1997 sahaja, 68.38 per 100000 populasi menghidapnya dan ianya tertinggi di kalangan penduduk berbangsa Cina, diikuti Melayu dan India. Dr Raymond turut menyatakan bahawa rawatan untuk strok adalah bergantung kepada penyebab strok itu sendiri. Masalah saraf dan kelumpuhan akibat pendarahan atau kerosakan sel di otak biasanya sukar dipulihkan kecuali pada kes yang tidak begitu teruk. Di peringkat awal selepas berlaku strok, rawatan sokongan serta ubat tertentu diperlukan untuk mengelakkan kerosakan otak daripada lebih teruk. Amalkan gaya hidup sihat Rawatan sokongan yang diberikan bergantung kepada tahap keterukan strok, di mana ia boleh terdiri daripada bantuan pernafasan, pemantauan status kardiovaskular, pemberian cecair yang diperlukan tubuh (bendalir intravena) serta jagaan kejururawatan. Di peringkat seterusnya, rawatan adalah lebih tertumpu kepada terapi rehabilitasi iaitu mengelakkan komplikasi akibat masalah kelumpuhan atau lemah anggota, cara penggunaan tandas, penyesuaian tabiat pemakanan serta sokongan emosi. Rawatan di peringkat ini memerlukan sokongan dari setiap anggota keluarga bagi memastikan individu berkenaan dapat menikmati kualiti hidup sebaik mungkin. Menurut Dr Raymond lagi, penggunaan vitamin perangsang saraf otak mungkin digunakan walaupun kesan pemulihan dengan penggunaannya adalah tidak begitu menggalakkan. Secara keseluruhan, serangan strok mungkin boleh dicegah menggunakan pendekatan dua cabang iaitu pendidikan umum dan pengurusan faktor-faktor risiko. Pendidikan kesihatan adalah penting dalam usaha menentang strok. Ramai yang masih jahil tentang perkara ini. Dalam hal ini, perkara penting yang perlu diubah ialah gaya hidup dan pemakanan. Ini termasuklah mengamalkan gaya hidup sederhana atau mengenepikan tabiat buruk seperti merokok atau minum alkohol serta mengelakkan tekanan dan berat badan berlebihan. Senaman selama 30 hingga 45 minit sangat penting untuk mengekalkan tahap kecergasan dan mengelakkan berat badan yang berlebihan. Pemakanan yang seimbang dengan kandungan lemak dan karbohidrat sederhana membantu mengurangkan berat badan. Ini kerana berat badan berlebihan merupakan sebab utama kencing manis dan hipertensi. Pengambilan garam yang sederhana juga membantu mengurangkan tekanan darah. Elakkan juga daripada mengambil makanan yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi seperti daging merah, lemak dan produk susu. Penjagaan kesihatan yang berterusan secara tidak langsung mengurangkan tahap risiko daripada diserang penyakit yang sering kali menjadi igauan golongan tua ini. Tidak terlambat untuk berusaha dari sekarang khususnya kepada generasi muda. Jangan sampai di usia tua, baru bermula. Jika tidak, usah diharap kita akan ditolong oleh anak-anak jika sudah terlantar di katil kerana ditakuti mereka menanti saat-saat kematian sahaja. ** Artikel ini adalah sebagai maklumat sahaja, Sila berjumpa Doktor bertauliah untuk memperolehi maklumat yang lebih tepat **
Labels:
Information
DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers.
For old and serious diseases as well as modern illnesses. The water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a hundred percent cure for the following diseases:
* Headache * Body ache * heart system * arthritis * fast heart beat * epilepsy * excess * fatness * bronchitis * asthma * TB * Meningitis * Kidney and Urine diseases * vomiting gastritis * diarrhea * piles * diabetes * constipation * all eye diseases * womb cancer * menstrual disorders * ear nose * throat diseases
METHOD OF TREATMENT
1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink four glasses of water each of 160 ml. 2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minutes. 3. After 45 minutes you may eat and drink as normal. 4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for two hours. 5. Those who are old or sick and are unable to drink four glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to four glasses per day. 6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.
The following list gives the number of days of treatment required to cure main diseases: 1. High Blood Pressure 30 days 2. Gastric 10 days 3. Diabetes 30 days 4. Constipation 10 days 5. Cancer 180 days 6. TB 90 days
Arthritis patients should follow the above treatment for only 3 days in the first week to be followed by daily treatment. This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.
Good Health to you all.......
Labels:
Information
Subscribe to:
Posts (Atom)